JADUAL KURSUS PENYEBARAN KSSR & PBS TAHUN 4 - 2013 NEGERI PERAK PDF Cetak E-mail
Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 
Ditulis oleh Penolong PPD ICT   
Selasa, 18 Jun 2013 17:15

Guru Besar,

Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak.

Tuan,

JADUAL KURSUS PENYEBARAN KSSR & PBS TAHUN 4 - 2013 NEGERI PERAK

Mohon kerjasama tuan mengambil perhatian terhadap jadual kursus penyebaran KSSR & PBS Tahun 4 bagi daerah Hilir Perak.

2.   Tuan diminta menghantar seorang guru untuk menghadiri kursus bagi mata pelajaran yang berkaitan di lokasi yang telah ditetapkan (seperti di Lampiran 1).

3.      Tuan digesa mengambil tindakan seperti berikut:

3.1   Memuat turun:

* Surat Kursus KSSR & PBS Tahun 4

* Jadual Kursus Penyebaran KSSR & PBS Tahun 4

* Dokumen Standard Kurikulum (DSK) KSSR Tahun 4 (Perlu dicetak & dibawa semasa kursus)

* Lampiran bahan yang perlu dibawa oleh peserta kursus RBT/TMK

* Setiap sekolah perlu bawa Dongle YES untuk memudahkan peserta melayari internet semasa kursus

 

Sila download Dokument Standard Kurikulum mengikut mata pelajaran masing-masing :

(Modul Pelajaran Teras)   http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_ii/mata_pelajaran_teras

 

(Modul Pelajaran Elektif)

http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_ii/mata_pelajaran_elektif

 

(Modul Pelajaran Pendidikan Khas) http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/pendidikan_khas

 

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.