BAHAN UJIAN 1 AKAR 2013 PDF Cetak E-mail
Rating Pengguna: / 4
Kurang BaikTerbaik 
Ditulis oleh Penolong PPD ICT   
Rabu, 12 Jun 2013 07:45

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah
Daerah Hilir Perak.

Tuan,

BAHAN UJIAN 1 AKAR 2013

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk mendapatkan CD Bahan Ujian 1 AKAR di Unit Akademik, PPD Hilir Perak mulai 12 Jun 2013(Rabu).


3. Pihak tuan dipohon untuk memperbanyakkan naskah Ujian 1 AKAR ini bagi setiap pelajar Projek AKAR PPD. Bagi pelajar bukan Projek AKAR PPD terserah kepada sekolah masing-masing untuk menguruskannya.

4. Untuk tindakan pihak tuan seterusnya, Ujian 1 AKAR ini perlu dijalankan serentak di semua sekolah yang terdapat pelajar Projek AKAR PPD seperti ketetapan berikut;


4.1 SK – 18 Jun hingga 19 Jun 2013
4.2 SJKC dan SJKT – 18 Jun hingga 20 Jun 2013
4.3 SM – 18 Jun hingga 21 Jun 2013


Pentadbiran dan Jadual Waktu Ujian 1 AKAR ini sama seperti Ujian Khas (Diagnostik) tempohari. Pemeriksaan dan penandaan kertas ujian ini perlu dilakukan oleh guru mata pelajaran pelajar berkenaan. Data ujian juga harus direkodkan dan dihantar ke PPD apabila dikehendaki.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Norshamsiah bt. Hassan Basri, Penolong PPD Bahasa di talian 012-4340753.

Sekian, terima kasih.