TAKLIMAT PENGOPERASIAN DAN MAJLIS PERASMIAN INTERAKTIF TUISYEN RAKYAT 1 MALAYSIA (i-TR1M) PDF Cetak E-mail
Rating Pengguna: / 0
Kurang BaikTerbaik 
Rabu, 06 Mac 2013 16:41
Semua  Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah  Daerah Hilir Perak

Tuan,

TAKLIMAT PENGOPERASIAN DAN MAJLIS PERASMIAN INTERAKTIF TUISYEN RAKYAT 1 MALAYSIA (i-TR1M)

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.   Dimaklumkan bahawa bagi memastikan keberkesanan penggunaan i-TR1M ini, satu taklimat pengoperasiannya akan diadakan dengan kerjasama Yayasan Guru Malaysia Berhad seperti ketentuan yang berikut :

2.1 Tarikh    : 9 Mac 2013 ( Sabtu )
2.2 Masa      : 10.30 pagi – 1.00 tengah hari ( Sesi Taklimat)
                  : 3.00 petang ( Majlis Perasmian )
2.3 Tempat  : Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung, Seri Manjung
2.4 Pakaian : Smart Kasual / Korporat


3.   Sehubungan dengan itu, tuan bersama Guru Penyelaras i-TR1M di sekolah tuan dijemput menghadiri taklimat ini dan majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Perak Darul Redzuan. Tuan dikehendaki berkongsi kereta ke tempat taklimat sebagai langkah penjimatan.

4.   Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi pegawai meja, Hj. Amir Bin Kamarudin ( Pen. PPD Teknik & Vokesional ) di talian 019-5521135 . Kerjasama dan perhatian  tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih.