forex trading logo
'Kibarkan Jalur Gemilang'  





Selamat Menyambut Ramadhan

Ikhlas daripada
seluruh warga pendidikan Hilir Perak

Bicara Tuan PPD Info PPD Hilir Perak Warga Pendidik Sekolah & Murid

Borang Login



Statistik Laman

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterPengunjung hari ini83
mod_vvisit_counterSemalam409
mod_vvisit_counterMinggu ini1952
mod_vvisit_counterMinggu lepas4851
mod_vvisit_counterBulan ini4795
mod_vvisit_counterBulan lepas13638
mod_vvisit_counterKeseluruhan112542

Online (20 minit lalu): 18
IP anda: 38.107.191.102
,
Today: Sep 09, 2010
Utama *Info PPD - Latar Belakang PPDHP
Latar Belakang Pejabat Pelajaran Daerah PDF Cetak E-mail
Selasa, 12 Ogos 2008 22:33

Sejarah penubuhan pusat pentadbiran pelajaran daerah bermula pada sekitar tahun 60an.  Pejabat Pengelola Sekolah-Sekolah Kebangsaan mula  beroperasi pada awal 1960 yang ketika itu merupakan satu-satunya pusat pentadbiran  terhadap sekolah-sekolah kebangsaan. Pada masa itu ada di antara Pejabat Pengelola Sekolah Daerah  melangkaui beberapa daerah pentadbiran.

Ketika itu, jawatan pegawai pelajaran selaku Ketua Pentadbir Pelajaran Daerah  disebut Pegawai Pengelola Sekolah. Beliau dibantu oleh beberapa orang Penolong Pengelola.

Pada tahun 1982, berlaku penstrukturan semula  Pejabat Pelajaran Daerah. Pengstrukturan semula Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Perak ketika itu melibatkan perubahan  jawatan - jawatan. Pejabat Pelajaran Daerah diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Pendidikan (Menengah) dan seorang Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Rendah)  serta dua orang Penyelia (Menengah dan Rendah).

Pada tahun 1995, sekali lagi berlaku pengstrukturan semula Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) / Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB). Tiga unit diwujudkan untuk membantu dan melicinkan jentera pentadbiran, iaitu  Unit Pengurusan Sekolah, Unit Pengurusan Akademik serta Unit Pengurusan Pembangunan  Kemanusiaan dan Khidmat Sokongan. Ekoran daripada itu Pegawai Pendidikan Daerah dibantu oleh tiga orang Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah mengikut unit pengurusan berkenaan. Jawatan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Rendah) dikekalkan. Mulai Januari 2004 Seorang Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah bidang pengurusan pembangunan dan bekalan diwujudkan.

Merujuk kepada Pekeliling KP(PP)0051 Jld.10(66) bertarikh 23 Jun 2003 yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia semua PPD / Bahagian seluruh negara distruktur semula. Perubahan ini telah mewujudkan tiga gred PPD / PPB iaitu Gred A, Gred B dan Gred C. PPD Hilir Perak merupakan PPD Gred A.

 

 


Dijanakan oleh Joomla!. Designed by: Joomla Theme NTChosting Valid XHTML and CSS.