real estate menu left
real estate menu right

Get Adobe Flash Player

Tinta PPD
Info PPD
Berita
Takwim PPD

PEPERIKSAAN AWAM

UPSR

136

HARI LAGI

STAM

171

HARI LAGI

STPM P3(2014)

192

HARI LAGI

SPM

192

HARI LAGI

PPD Hilir Perak
BAHAN MODUL LATIH TUBI MATEMATIK NEGERI PERAK - WAJA 2008 (SM & SR), ATS 2009 (SM & SR) DAN SMART 5 PDF Cetak E-mail
Rating Pengguna: / 1
Kurang BaikTerbaik 
Ditulis oleh Penolong PPD ICT   
Jumaat, 16 Ogos 2013 10:51

Kepada :

Semua Pengetua dan Guru Besar

Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah

Daerah Hilir Perak.

(u/p: Bidang Matematik/Panitia Matematik)

 

PERKARA : BAHAN MODUL LATIH TUBI MATEMATIK NEGERI PERAK - WAJA 2008 (SM & SR), ATS 2009 (SM & SR) DAN SMART 5 2012 (SR)

Perkara di atas adalah dirujuk.  Untuk makluman tuan, perkara di atas telahpun dimuatnaik ke dalam Portal JPN Perak (kategori Sektor Pengurusan Akademik) pada awal Februari 2013 dan pada tahun 2012. Namun begitu, masih kedapatan sekolah yang tidak mengendahkan dan memanfaatkannya.

Sehubungan dengan itu, dengan penuh harapan LATIH TUBI MATEMATIK iaitu Answer To Score (ATS), Wajib Jawab (WAJA) dan SMART 5 dimuatnaik sekali lagi bagi tujuan dimanfaatkan oleh pihak sekolah negeri Perak khususnya  guru yang mengajar kelas peperiksaan SPM, PMR dan UPSR Matematik. Bahan-bahan ini disediakan secara berfokus oleh Jurulatih Utama dan Guru Cemerlang Matematik negeri Perak. Walaupun ianya merupakan modul tahun 2008 dan 2009 serta 2012 tetapi kesemuanya masih relevan dan patut dimanfaatkan oleh guru dan murid-murid serta sekolah yang berhasrat untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti Matematik dalam peperiksaan awam.

Besarlah harapan kami di Unit Pengurusan Akademik memohon agar  tuan dapat memastikan guru Matematik sekolah tuan dapat memanfaat dan mempelbagaikan penggunaannya dalam program Latih Tubi sekolah yang amat sesuai diadakan pada ketika ini menjelang beberapa bulan lagi peperiksaan yang sebenar. Untuk makluman tuan, negeri lain banyak yang telah memanfaatkan modul ini dan hasilnya amat memberangsangkan sekali. Rugilah rasanya warga negeri Perak sendiri tidak mengendahkannya walaupun telah dimaklumkan berkali-kali melalui portal dan PPD.

Semoga sekolah tuan semua akan berjaya melonjakkan pencapaian Matematik UPSR, PMR dan SPM untuk negeri Perak pada tahun ini.Bahan tersebut boleh dimuat turun DIBAWAH

Access this URL (http://pelajaranperak.gov.my/perak/attachments/spa/ATS-Math-SR--SM-Perak.zip)ATS Math SR & SM Perak [ ] 41060 kB
Access this URL (http://pelajaranperak.gov.my/perak/attachments/spa/SMART-5-SR-Perak.zip)SMART 5 SR Perak [ ] 9704 kB
Access this URL (http://pelajaranperak.gov.my/perak/attachments/spa/WAJA-Math-SR-dan-SM-Perak.zip)WAJA Math SR dan SM Perak [ ] 76182 kB


Sekian. Harap maklum. Terima kasih di atas usaha dan komitmen semua.

 

 


Dijanakan oleh Unit ICT PPD Hilir Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak. >>> Penafian:PPD Hilir Perak tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.