|
Sabtu, 09 Ogos 2008 07:49 |
|
 Kami Warga Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berikrar Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk :
- Memastikan Semua Kanak-Kanak Mengikut Umur Yang Ditetapkan, Mendapat Tempat Belajar Pada Hari Pertama Sesi Persekolahan Baru Dimulakan.
- Menempatkan Guru-Guru Ke Sekolah-Sekolah Tidak Lewat Dari Tiga Minggu Setelah Menerima Senarai Guru Maktab Dan Universiti Dari Jabatan Pelajaran Perak Dan Memastikan Bahawa Semua Sekolah Sentiasa Dibekalkan Dengan Guru-Guru Secukupnya.
- Memastikan Semua Permohonan Pertukaran Guru Dalam Dan Luar Daerah Diproses Dalam Tempoh Antara 2 Minggu Hingga 1 Bulan Dari Tarikh Borang Diterima.
- Bersedia Menerima Penerangan Dan Maklumat Terkini Dengan Lengkap Dan Tepat Pada Tarikh Dan Masa Yang Dikehendaki Kepada Pihak Yang Berkenaan.
- Memberi Layanan Dan Perkhidmatan Kaunter Yang Mesra Dan Adil Sepanjang Masa.
- Sentiasa Menjalin Hubungan Baik Dengan Agensi-Agensi Luar Pelajaran Ke Arah Mencapai Wawasan Negara.
- Sentiasa Peka Dan Responsif Terhadap Segala Pandangan, Cadangan, Syor Dan Teguran Yang Membina Demi Meningkatkan Prestasi Perkhidmatan Dan Kecemerlangan Pelajaran.
|