real estate menu left
real estate menu right

Get Adobe Flash Player

Tinta PPD
Info PPD
Berita
Takwim PPD

PEPERIKSAAN AWAM

UPSR

136

HARI LAGI

STAM

171

HARI LAGI

STPM P3(2014)

192

HARI LAGI

SPM

192

HARI LAGI

PPD Hilir Perak
PENILAIAN PELAKSANAAN SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH PDF Cetak E-mail
Rating Pengguna: / 2
Kurang BaikTerbaik 
Isnin, 22 April 2013 15:29

Semua Pengetua / Guru Besar

Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Hilir Perak

 

Tuan,

PENILAIAN PELAKSANAAN SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH

 

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan makluman tuan.

 

2. Bersama-sama ini dipanjangkan surat Jabatan Pelajaran Perak berkaitan dengan program yang akan diadakan.

 

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk menghadiri program seperti yang dinyatakan di atas tanpa gagal. Jadual program dilampirkan di Lampiran 1.

 

4. Instrumen Penilaian Pelaksanaan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah yang dikepilkan bersama surat ini hendaklah diisi oleh Pengetua/Guru Besar dan dibawa serta diserahkan kepada Penolong PPD Perhubungan Daerah Hilir Perak sewaktu pendaftaran pada 24 April 2013 (Rabu).

 

5. Semua Guru Besar digalakkan menaiki bas yang disediakan dan akan bertolak ke tempat program tepat jam 06.00 pagi, 24 April 2013 (Rabu), manakala Pengetua dibenarkan berkongsi kereta.

 

6. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sil berhubung dengan En. Mohd Ridzuan bin Mohd Saad, Penolong PPD Perhubungan di talian 012-2348428.

 

Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam hal ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menurut perintah,

 

(HJ ZAINAL ABIDDIN BIN OSMAN, AMN, AMP.)
Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak.

 


Dijanakan oleh Unit ICT PPD Hilir Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak. >>> Penafian:PPD Hilir Perak tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.