real estate menu left
real estate menu right

Get Adobe Flash Player

Tinta PPD
Info PPD
Berita
Takwim PPD

PEPERIKSAAN AWAM

UPSR

137

HARI LAGI

STAM

172

HARI LAGI

STPM P3(2014)

193

HARI LAGI

SPM

193

HARI LAGI

PPD Hilir Perak
PERTANDINGAN BOLASEPAK 9 SEBELAH ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK 2013 PDF Cetak E-mail
Rating Pengguna: / 0
Kurang BaikTerbaik 
Ditulis oleh Unit Pengurusan Sekolah   
Isnin, 15 April 2013 08:09

Guru Besar,

Sekolah Rendah daerah Hilir Perak

Tuan,

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Bola Sepak India Perak akan menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah antara Sekolah-sekolah Rendah di Negeri Perak. Pertandingan tersebut akan dilangsungkan seperti berikut:

Tarikh   : 11 Mei 2013

Masa     : Mulai 8.00 pagi hingga 5.00 pagi

Tempat : Padang Ipoh

Bayaran : Percuma

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. R. Muniandy di talian 012-5262411

 

 

Sekolah yang ingin menyertai pertandingan ini perlu mematuhi perkara-perkara berikut:

1. Setiap murid perlu mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga dan pengetua / guru besar untuk mengambil bahagian;

2. Keselamatan atau kebajikan murid perlu diberi keutamaan. Murid yang terlibat hendaklah mempunyai insuran;

3. Guru hendaklah mengiring murid dalam semua aktiviti di luar sekolah. Sekiranya terdapat murid perempuan, seorang guru wanita hendaklah mengiring pasukan tersebut;

4. Segala perbelanjaan, pengangkutan, makan/minum dan menginapan adalah tanggungjawab oleh pihak penganjur;

5. Kesihatan murid perlu diberi perhatian dan tiada paksaan untuk mengambil bahagian. Pelajar yang menghadapi masalah kesihatan seperti lelah, luka, penyakit berkala, penyakit jantung, penyakit kronik dan lain-lain TIDAK DIBENARKAN MENGAMBIL BAHAGIAN.

6. Pelajar tidak dibenarkan mengikat kontrak dengan mana-mana persatuan. Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1995

 


Dijanakan oleh Unit ICT PPD Hilir Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak. >>> Penafian:PPD Hilir Perak tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.