real estate menu left
real estate menu right

Get Adobe Flash Player

Tinta PPD
Info PPD
Berita
Takwim PPD

TOP1 logo_galeri
  SERTAI KAMI
facebook

PEPERIKSAAN AWAM

UPSR

145

hari lagi.

PPMR

159

hari lagi.

SPM & STPM

200

hari lagi.

Aplikasi

 
moe
 
1m1s
 
dadah
 
ezlearn
 

Pautan Agensi

jpa

1malaysia

dbp

iab

eduwebtv

iim

mampu

msc

myideas

spa

Statistik Laman

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterPengunjung hari ini323
mod_vvisit_counterSemalam3599
mod_vvisit_counterMinggu ini13773
mod_vvisit_counterMinggu lepas22344
mod_vvisit_counterBulan ini52555
mod_vvisit_counterBulan lepas123826
mod_vvisit_counterKeseluruhan2009948

Online (20 minit lalu): 28
IP anda: 54.205.166.220
,
Today: Apr 17, 2014
PPD Hilir Perak Soalan Lazim Unit Pengurusan Akademik (UPA)
Unit Pengurusan Akademik (UPA)
PENGISIAN DATA MARKAH UJIAN PENGESANAN 1 KE DALAM SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH ( SAPS ) PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Penolong PPD ICT   
Isnin, 31 Mac 2014 07:38

Semua  Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak


PENGISIAN DATA  MARKAH UJIAN PENGESANAN 1  KE DALAM SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH  (SAPS) TAHUN 2014

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

 

2.         Dimaklumkan bahawa pengisian data markah Ujian Pengesanan 1 ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS ) telah pun bermula. Tarikh akhir pengisian Markah Ujian Pengesanan 1 adalah pada 4 April 2014 (Jumaat) bertujuan membuat analisis awal peringkat Daerah Hilir Perak.

 

3.         Adalah diingatkan bahawa semua sekolah adalah wajib mengisi data markah Ujian Pengesanan 1 ke dalam Sistem  Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS ) tersebut pada tarikh yang ditetapkan.

 

4.         Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Sharifuddin bin Ali, Penolong PPD Vokasional dan Teknik di talian 019-5422801

 

Kerjasama dan jasa baik pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.
 
MESYUARAT PANITIA SAINS DAERAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) DAERAH HILIR PERAK BIL 1/2014 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Penolong PPD ICT   
Selasa, 25 Mac 2014 15:56

Semua Guru Besar
SJKC Daerah Hilir Perak.

Tuan,

 

MESYUARAT PANITIA SAINS DAERAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) DAERAH HILIR PERAK BILANGAN 1/2014


Dengan hormatnya, perkara di atas di rujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.


2.     Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat Panitia Sains Daerah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Daerah Hilir Perak akan diadakan seperti ketetapan berikut:


Tarikh        : 1 April 2014 (Selasa)
Masa          : 2.30 petang
Tempat      : Pusat Sumber Sekolah, SJKC Bagan Pasir Laut, Selekoh.
Pengerusi  : Guru Besar, SJKC Bagan Pasir Laut, Selekoh.

 

3.      Sehubungan dengan itu, pihak tuan dipohon membenarkan Ketua Panitia Sains sekolah tuan hadir ke mesyuarat tersebut. Kehadiran adalah wajib demi kelancaran mesyuarat. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Zam Ma’mor bin Misiran di talian

019-2098567.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH (SR) DI BAWAH MBMMBI (PELUASAN 2014) PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Penolong PPD ICT   
Selasa, 25 Mac 2014 08:35

Salam Sejahtera / Salam 1Malaysia,

Semua Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

(u/p : Seperti dalam senarai attachment file sahaja)


Tuan,

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH (SR) DI BAWAH MBMMBI (PELUASAN 2014) DAERAH-DAERAH NEGERI PERAK 2014


Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa BPG melalui Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan melaksanakan tindakan susulan iaitu pelaksanaan Kursus Pemantapan Pedagogi Matematik Sekolah Rendah (Peluasan 2014) secara on-site di daerah yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran proses Matematik dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran guru Matematik. Sekolah-sekolah yang dipilih adalah 50% sekolah rendah di negeri Perak yang tidak berpeluang mengikuti kursus berkenaan pada tahun lepas (2013).

3.         Sehubungan dengan  itu, mohon jasa baik tuan membenarkan seorang guru Matematik Tahap 2 sekolah tuan untuk hadir ke pusat kursus seperti maklumat terperinci yang terkandung dalam attachment di bawah. Surat rasmi kepada sekolah rendah yang berkenaan telah difakskan kepada PPD (u/p : Pen. PPD Sains & Matematik) setiap daerah untuk dipanjangkan kepada pihak sekolah.  Attachment yang dilampirkan merujuk kepada surat dan maklumat jadual pelaksanaan kursus tersebut . Guru tuan diminta membawa bersama bahan keperluan/peralatan seperti komputer riba, wayar penyambung (extension-wire), Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahap 2, Buku Teks Matematik Tahap 2, salinan surat panggilan kursus, salinan muka hadapan buku bank (yang tertulis no. Akaun Bank) dan bahan rujukan Matematik yang berkaitan.

4.         Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing (u.p. Penolong PPD Sains dan Matematik) atau Pegawai Matematik di Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak (u/p: Pn. Rohaya Bt. Meor Ahmad) di talian 05-2414000 sambungan 135/ 012-6223403.


Kerjasama tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik

 

Download this file (PedagogiSR[Peluasan 2014]-HILIR PERAK.pdf)Surat Kursus Pemantapan Pedagogi SR (Peluasan 2014) - Daerah Hilir Perak [ ] 277 Kb
 
BENGKEL AMANJAYA GEMILANG UPSR BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK NEGERI PERAK TAHUN 2014 (ZON 1, 2 & 3) PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Penolong PPD ICT   
Selasa, 25 Mac 2014 08:15

Salam Sejahtera / Salam 1Malaysia,

Guru Besar

Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

(u/p : Seperti dalam senarai sekolah yang berkenaan sahaja - Rujuk attachment file)


Tuan,

BENGKEL AMANJAYA GEMILANG UPSR BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK NEGERI PERAK TAHUN 2014  (ZON 1 , ZON 2 DAN ZON 3)

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Perak dengan kerjasama Yayasan Perak akan melaksanakan Bengkel Amanjaya Gemilang UPSR bagi mata pelajaran Matematik Negeri Perak Tahun 2014 bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme guru Matematik Tahun 6 sebagai salah satu usaha ke arah memantapkan pengajaran dan pembelajaran guru dan seterusnya meningkatkan prestasi Matematik dalam UPSR 2014.

3.         Sehubungan dengan  itu, mohon jasa baik tuan membenarkan seorang guru Matematik Tahun 6 sekolah tuan untuk hadir ke pusat kursus seperti maklumat terperinci yang terkandung dalam attachment di bawah. Surat rasmi kepada sekolah rendah yang berkenaan telah difakskan kepada PPD (u/p : Pen. PPD Sains & Matematik) setiap daerah untuk dipanjangkan kepada pihak sekolah.  Attachment yang dilampirkan merujuk kepada surat dan maklumat jadual pelaksanaan kursus tersebut . Guru tuan diminta membawa bersama bahan keperluan/peralatan seperti komputer riba, wayar penyambung (extension-wire), Head Count Matematik (Murid Tahun 6), Soalan / Item Matematik Ujian 1 2014, Data dan Analisis Post Mortem Ujian 1 2014, Modul Soalan Latih Tubi (SOLAF) Matematik, Modul / Bahan Matematik Tahun 6 yang digunakan di sekolah, salinan surat panggilan kursus dan salinan muka hadapan buku bank (yang tertulis no. Akaun Bank).

4.         Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing (u.p. Penolong PPD Sains dan Matematik) atau Pegawai Matematik di Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak (u/p: Pn. Rohaya Bt. Meor Ahmad) di talian 05-2414000 sambungan 135/ 012-6223403.

Kerjasama tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik

CATATAN:

 

Mohon pastikan guru tuan dapat berada di dewan hotel untuk slot pertama pada jam 2.30 petang (hari pertama). Kehadiran pada slot pertama tersebut adalah diWAJIBKAN.

Attachments:
Download this file (Surat Bengkel Aman Jaya Matematik SR (KIS, BAP dan HIP) - Zon1.pdf)Surat Bengkel Aman Jaya Matematik SR (Zon 1) - KIS, BAP dan HIP [ ] 307 Kb
 
SENARAI KEPERLUAN PERALATAN MAKMAL SAINS TULEN PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Penolong PPD ICT   
Isnin, 24 Mac 2014 15:37

Semua Pengetua Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak,

Tuan,

SENARAI KEPERLUAN PERALATAN MAKMAL SAINS TULEN

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menjalankan semakan keperluan peralatan di makmal sains tulen sekolah-sekolah menengah seluruh negara sebagai persediaan pelaksanaan ujian amali sains 2015.


Pihak sekolah dikehendaki untuk membuat semakan keperluan peralatan di makmal sains tulen (Bilogi, Fizik dan Kimia) dengan menggunakan buku panduan spesifikasi peralatan makmal dan memasukkan bilangan permohonan peralatan sains tersebut ke dalam borang yang disediakan mengikut mata pelajaran Biologi, Fizik dan Kimia. Semua permohonan perlu dibuat sebelum atau pada 30 Mac 2014.

Surat siaran berkenaan maklumat di atas dan dokumen berkaitan boleh dimuat turun di ruangan attachment di bawah dan borangkeperluan hendaklah diisi secara online melalui pautan berikut :

a) Borang makmal Biologi (Sila rujuk Buku Panduan Makmal Biologi di ruangan attachment)
b) Borang makmal Fizik (Sila rujuk Buku Panduan Makmal Fizik di ruangan attachment)
c) Borang makmal Kimia (Sila rujuk Buku Pandua Makmal Kimia di ruangan attachment)

Sekian, terima kasih.

Sektor Pengurusan Akademik.

Attachments:
Download this file (1) Surat SiaranJPN_makmalSTEM.pdf)Surat Siaran JPN [ ] 739 Kb
Download this file (2) Surat rujukan KPM_MakmalSTEM.pdf)Surat Rujukan dari KPM [ ] 2228 Kb
Download this file (A) BIOLOGI _BUKU PANDUAN.doc)Buku Panduan Bagi Makmal Biologi [ ] 305 Kb
Download this file (B) FIZIK _BUKU PANDUAN.doc)Buku Panduan Bagi Makmal Fizik [ ] 267 Kb
Download this file (C) KIMIA_BUKU PANDUAN.doc)Buku Panduan Bagi Makmal Kimia [ ] 234 Kb
 
« MulaSblm12345678910SeterusnyaTamat »

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL


Dijanakan oleh Unit ICT PPD Hilir Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak. >>> Penafian:PPD Hilir Perak tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.